Monday 1 August 2011

Ucapan itu mesti buat...

Blog yang dah masuk kategori separa pengsan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat. Ayat kopipes dan sgt memenuhi ciri ucapan cliche.

Mmm..valid lagi kan ? lom bukak posa lagi kan ?

Selain dari ucapan, nak jugak citer bahawasanya, setelah sekian lama aku berjaya jugak pegi terawih malam pertama (di surau baru taman kitorang). Selalunya missed the 1st night either aku pe'ot or time tu ada anak kecik.


Peringatan untuk mak pak yg pi terawih. Kalau tau anak korang out of control, terawih kat rumah pun dapat pahala. Semalam Hannah & besprennya telah disidekick & dilibas dengan kunci oleh seorg awek kecik (kecik ke klu dh sampai dada aku ?). Itu the height of the event la, budak berdua ni duk dalam saf tepi dinding lepas solat, yang minah ni x solat pun. Elok je aku bagi salam last, dia hayun penumbuk kat anak jiran aku. Aku tangkap tangan and tanya kenapa, bila aku cakap jangan buat dia boleh buat muka. Nasib baik ko anak orang, kalau anak kucing dah lama aku masuk kotak transfer gi melawati tau !! kenapa melawati ?? Masa tu aku rasa berpuluh mata lekat kt belakang kepala aku. Anak jiran ke tak, aku peduli apa kalau dah sampai tahap tu. Memang la bagus ajar anak gi masjid dari kecik (ajar solat bukan lepas depa berkeliaran) tapi kalau dah suara diorg lagi kuat dari suara imam, cemana tuh ? duk WWF kat belakang, pastu dok woi woi gila kepala hotak sumer keluar...elok la bawak balik ke rumah. Takde la free2 aku ilang pahala terawih...


Aku pun bukan perfect parents and anak2 aku pun bukan la angels tapi...eh..stop jap, yang ko nak emo ni pesal ? Lapar ke ?

Sekian terima kasih. Tiba-tiba panjang walopon sebenarnya nak bagi ucapan kopipes sahaja.

6 comments:

DeLinn said...

aku pulak terhangen baca cerita ko nih. ishhh kurang pahala puasa aku hahahaha. peace!

Tukang Campak said...

tak psl2 dgn ko skali ala2 terkurang pahala posa hehe boipren aku ckp td budak2 dh kena sound. Aman damai sket.

idasm said...

kan bagus klu mak pak yg ada ada yg out of contol tu baca blog ko zie.. hehehe...

idasm said...

yg ada anak... termiss pulak perkataan anak.. heheh..

ikan said...

Salam ramadhan juga utk mu, ku menunggu hapdet masakan hebak2 mu sepanjang ramadhan ini:)

Oh ya, Gebus blm lepas ke terawikh lagi, takut toleh2 hilang, kang gugur buah pinggang akak.

Tukang Campak said...

Ida : ntah2 ada jiran2ku yg terbaca haha xpe sbb itu adalah kisah benar yg perlu di beri perhatian

ikan : sila tunggu tp pasti tidak sealiran dgn tekakmu karna laukku sangat melayu. Hannah dh terawih since she was 2. Dah tau do's & donts. Buah pinggang boleh tranfer org punya, anak xde gantinya :)