Friday 4 July 2008

The Long Wait Is Almost...

OVER...

So here some of the shots taken during our last visit. We managed to sneak into the house through the unlocked window.

Itu budak kicik mcm boy jugak...suka thp gaban dia lari sana sini, skrg bolehla...pasni, harapanla kan ??

Nama jalan dah pacak sana sini

The culprit (so called hehe), bapak lama tunggu nak pasang mendehalah ni haa...

All fitted in, aku suka this type of flush instead of the pull type. Nak kena belajar godek la plak nih. Yang pull tu pejam mata aku boleh fix. Kalaulah boleh ku tukar dgn flush yg bleh jimat air hehe alaaa yg ada 2 button tuh, 1/2 & full, half for pee pee and full for poo poo

Adoila...tang ni la plak dia bocor, ni kat masterbed, tmpt paling seshuai letak wardrobe. Kerching kerching kaya tokei bumbung.

Aku tertanya2 apa lah ke halnya tingkap cenonet itu, x bley ke buat kasik sama jek, design statement ke hape ni ?? AKu bercadang untuk menutup itu balkoni...x koser nak buat tmn mini (Ayat angel : cuba bawak bersyukur sket)

Amin amin ya Allah bukakkanlah hati developer aku untuk buat playground kat sini. Hehe Tengok ujung sana cam ada sayup2 nampak puncak bukit, haa tulah tandanya betapa tingginya umah kami.

Ye kengkawan, itulah bukit yang di tarah & jadik kontroversi sampai masuk TVThree, sampai abang x-MB dtg. Di belakang bukit itu adalah empangan Batu. Sapa nak pi trekking singgah umah kami ekk...

So now another headache-inducing part. Preparing the house according to our needs, taste (and budget). Luckily, kengkawan ku sumer dh expert bab2 ni, so from now on, do expect me bombarding you with questions on this and that.

18 comments:

ya2 said...

zie, seronoknya nk masuk uma baru.aku dulu masa pindah, tgh mabuk2.mmg harapkan mak n hubby je yg mengemas.

so boleh le kalu ko nk tanya2 pasal langsir ke, perabut ke, alarm ke,kabinet kitchen ke.asal ada duit zie, suma cantikk.

pasal alarm beb.kalu rasa nk senang ambik wireless je.

Hanum said...

hoyayy!!! alhamdulillah... kalo ade playground depan umah tu lagi la cunn!... aminn... aku turut mendoakan. eh, bukan ade warranty 18 months ka?... suh developer fix la itu bumbung... sep sket kerrinchinggg $$$

Zu Ismail said...

wa... rumah baru ker??? rumah saya dahbeli 3 tahun lepas la nin pun tak siap lagik... cam best jer dapat duk umah sdiri kan...????

Kopi Suam said...

Tahniah zie akhirnya tercapai cita2 untuk menggodek umah sendiri...

Tukang Campak said...

Mmg ada 18mths warranty tp memikirkan aku nak godek terus umah tu, kang dibuatnya dev bersantai2, lambat la aku nk start renovate (angan2ku hehe.

BTW, yaya, cantik x penting...biar practical. aku penah tgk kitcab rege rm15k tp x de la lawa sgt pon hahaha.

To Azura, sabar la ye, mine after 4 YEARS and CF is not guaranteed, how 'bout that ? Went 2 ur blog but x leh recall whether we hv met/known each other b4. neway,thx 4 dropping by.

rtrik said...

salam perkenalan,

semalam saya berkesempatan pergi ke site. Ada beberapa unit rumah shj yg belum dicuci. Tanda line jalan pun dah dibuat.
Sempat bertanyakan pekerja bangla yang ada,dan difahamkan diorang kena settle buat keje this week. Katanya hujung minggu ni serah kunci.
harap2 gitulah...

PerantauSepi1306 said...

congrates on ur new house... sukelah tu... hei, rugi tau tutup balkoni tu... biarlah boleh jugak ko amiks angin petang2 nanti...

yang tingkap satu tu aku rasa sesuai jugak nanti malam hari kan kalo panas takkan nak terkedang bukak tingkap besar.. kiranya ala2 user friendly lah...

hehehehehehehe... nak wat kabinets ke apa ke ala2 design sendri jgn lupa kolling2 ai ok. ;p

Anonymous said...

beb..umah no brp...? view from balkoni exactly sama ngan view dari umah kiterr jeh..you must be my guys next door hikk.hik..

Anonymous said...

Saya pun beli rumah desa gemilang fasa II. SNP sign 4 tahun 5 bulan yang lalu. Bila lar nak dapat kunci rumah.

Anonymous said...

http://lamanbkk.blogspot.com/2009/04/kes-tuntutan-taman-desaahli-gemilang.html

Saturday, April 4, 2009
Kes Tuntutan Taman Desa Gemilang
Pada 2 April, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah meluluskan permohonan Sdr Shahlin Ali dan Sdri Norzaihan bersama 63 orang pembeli rumah Taman Desa Gemilang, Gombak untuk mengisytiharkan bahawa pembatalan Perjanjian jual beli rumah oleh pihak pemaju pada tahun 2006 adalah tidak sah.

Pemaju telah membatalkan perjanjian atas alasan pembeli-pembeli tidak bersetuju untuk melanjutkan tarikh penyerahan rumah yang pada itu dijangkakan akan terlewat. Alasan kelewatan adalah kerana terdapatnya bongkahan batu yang besar ditapak projek yang tidak dijangkakan oleh pemaju. Pemaju berdalih bahawa mereka dilindungi oleh prinsip "force majuere" ataupun kejadian luarbiasa diluar jangkaan. Bagaimanapun, mahkamah telah menolak hujah peguam pemaju dan bersetuju menerimapakai hujahan pihak pembeli.

Mahkamah juga menolak hujahan pemaju bahawa pembeli tidak mempunyai kuasa untuk memulakan tindakan atas alasan terdapatnya serahan hak (Assignment) di antara pembeli dan bank pembiaya di mana mereka berhujah hanya pihak bank pembiaya yang berhak mengambil tindakan. Hujahan ini telah disangkal dan mahkamah telah diyakinkan agar tidak menerima hujahan tersebut.

Walaubagaimanapun, di dalam kes yang menarik perhatian media ini, mahkamah tidak bersedia untuk memerintahkan supaya rumah berkenaan diserahkan kepada pembeli (specific performance) atas alasan rumah rumah berkenaan telahpun dijual kepada pihak kedua dan ketiga. Mahkamah mengambil kira kepentingan pihak pembeli kedua dan ketiga yang mungkin tidak mengetahui pertikaian antara pemaju dan 63 pembeli ini.

Sebagai ganti, mahkamah memerintahkan pemaju membayar pampasan kepada pembeli pembeli meliputi kos kos yang telah dikeluarkan oleh pembeli termasuklah bayaran yang telah dibuat, faedah bank yang ditanggung hingga sekarang, di samping itu mahkamah juga membenarkan faedah sebanyak 8% dikenakan terhadap jumlah pampasan dari tarikh saman dibuat sehingga lah tarikh bayaran dibuat. Kebanyakan pembeli telah membuat bayaran sehingga 35% dari harga rumah.

Pemaju walaubagaimanapun boleh membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan dalam tempoh 30 hari.
Posted by BKK at 12:13 PM

Anonymous said...

Salam buat semua yang terlibat dengan Kes Desa Gemilang!

Hari ini, 2/4/2009, dihadapan YA Dato' Alizatul Khair Bt Osman Khairuddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, jam 6.00 petang, isu-isu berikut telah diputuskan oleh Mahkamah:-

1. Bantahan yang dikemukakan oleh KOMAB, bahawa pembeli tidak mempunyai locus standi untuk menyaman KOMAB kerana terikat dengan 'assignment' (through Deed of Assignment) to the Bank telah ditolak oleh Mahkamah, YA HAkim memutuskan bahawa 'assignment' dalam kes ini is not 'an absolute assignment' dan oleh itu purchasers berhak membawa tindakan ini terhadap KOMAB;

2. Mahkamah menolak hujahan KOMAB bahawa kes ini perlu dibicarakan sepenuhnya (dengan memanggil saksi di Mahkamah Terbuka), kerana Mahkamah berpendapat bahawa 'regardless of samada wujud atau tidak force majure (malapetaka)', KOMAB tidak mempunyai kuasa di bawah Perjanjian Jual Beli untuk menamatkan perjanjian dengan PLaintif - satu2nya kuasa yang membolehkan penamatan dilakukan oleh KOMAB adalah jika pembeli ingkar membayar progress claim;

3. Selaras dengan pendirian tersebut, Mahkamah memutuskan bahawa Notis Penamatan bertarikh 15/1/2005 & 16/1/2005 sebagai TERBATAL dan TIDAK SAH (null and void);

4. Walau bagaimana pun, Mahkamah mengambil kira kedudukan unit rumah yang telah dijual kepada pihak ketiga serta telah diduduki, Mahkamah menyatakan bahawa Specific Performance (memberikan rumah kepada Plaintif) tidak dapat diberikan kepada PLaintif in view of the hardship yang akan melibatkan ramai pihak-pihak yang lain. Mahkamah menyandarkan alasanya berdasarkan kepada Specific Relif Act 1956 untuk tidak memberikan rumah kepada Plaintif;

5. Sebagai ganti, Mahkamah telah memerintahkan GANTIRUGI dibayar oleh KOMAB kepada semua pembeli, berdasarkan jumlah yang akan ditaksirkan oleh Pendafar Mahkamah.

6. Faedah pada kadar 8% setahun dari tarikh pemfailan saman (4/8/2005) sehingga tarikh pembayaran gantirugi;

Itulah keputusan Mahkamah, selepas 4 tahun berhempas pulas menuntut keadilan. Saya menerima respon yang pelbagai terhadap keputusan tersebut. Justeru, saya tinggalkan kepada Tuan-tuan sekelian, untuk membuat penafsiran (winning or losing - it's your interpretation).

Berkenaan dengan dokumen-dokumen/kaedah untuk taksiran gantirugi - saya akan emelkan dalam 2/3 hari lagi..

Sekian dimaklumkan, salam hormat dan terima kasih.

#Tolong forward email ini pada pihak yang berkaitan#

Salam,

Wan Rohimi Bin Wan Daud

Anonymous said...

Salam,

Buat semua Plaintif - Desa Gemilang!

Peperangan kita masih belum berakhir. Pada jam 5.00 petang ini, 15/4/2009, KOMAB telah menyerahkan satu salinan Notis Rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya untuk merayu terhadap keputusan Yang Arif Dato' ALizatul Khair Binti Osman Khairuddin pada 2/4/2009.

Pemfailan rayuan ini membawa maksud kes ini akan dibicarakan semula di hadapan panel 3 hakim (sekurang-kurangnya) di Mahkamah Rayuan Putrajaya, dalam satu masa yang akan ditetapkan kemudian. Saya menjangkakan prosiding ini akan mengambil masa setahun, atau secepat2nya dalam masa 6 bulan. Dalam tempoh 2 bulan dari tarikh hari ini, KOMAB akan memfailkan rekod rayuan (yang mengandungi keseluruhan kertas kausa, afidavit, eksibit yang bertimbun-timbun, yang telah digunakan selama 4 tahun di Mahkamah Tinggi Shah ALam, serta Nota Keterangan dan Alasan Penghakiman dari Yang Arif Hakim)...

Dalam masa terdekat ini, selaras dengan pemfailan rayuan ini, saya jangkakan bahawa KOMAB akan memfailkan satu permohonan untuk menggantung perintah bertarikh 2/4/2009 (stay proceeding) untuk memohon perintah sementara bagi menggantung perintah bertarikh 2/4/2009, sehingga perbicaraan rayuan diputuskan sepenuhnya. Seboleh mungkin, KOMAB akan berusaha supaya Mahkamah tidak memberikan apa-apa gantirugi kepada kita. Sudahlah rumah kita kehilangan, kini mereka berusaha supaya kita hilang semuanya, wang dan gantirugi. Penjenayah2 ini akan cuba seboleh mungkin di sebalik tabir perundangan untuk terus-terusan menindas dan mengheret kita ke dinding.

Saya percaya ramai akan bertanya peluang kita untuk menang.. Saya tidak mahu mendahului takdir, tetapi yakin bahawa kita akan mempunyai kekuatan untuk membuat serang-balas, Insyallah.

Berdasarkan ilmu yang cetek dan secebis pengalaman, saya juga yakin mereka tidak akan mendapat perintah untuk menggantung perintah bertarikh 2/4/2009 (stay order) kerana rayuan yang terlibat dalam kes ini, dan nature perintah bertarikh 2/4/2009 bukanlah sesuatu yang bersifat 'exceptional circumstances' to warrant a stay. The Order dated 2/4/2009 in purely monetary in nature... tambahan pula, it is our money, and not theirs. Apa yang kita tuntut adalah wang sendiri.

Akan juga yang akan bertanya tentang taksiran gantirugi; bolehkah diteruskan apabila KOMAB failkan rayuan? JAwapannya ialah YA. Kita akan teruskan selagi KOMAB tidak mempunyai apa-apa perintah tentang stay. Apabila kita memperolehi perintah gantirugi, kita akan terus execute order untuk memaksa bayaran dibuat. Tetapi sekiranya KOMAB berjaya mendapatkan perintah STAY, nampaknya kita kena tunggu hingga rayuan selesai.

Berkenaan dengan prosiding taksirang gantirugi, semua orang kena membuat homework sendiri berkenaan dengan perkara-perkara berikut:-

1. salinan resit bayaran deposit 10% kepada KOMAB;
2. salinan resit Legal Fee untuk S&P;
3. salinan resit Legal Fee untuk Lawyer Bank;
4. salinan surat tawaran Loan dari bank;
5. salinan/bukti bayaran ansuran loan yang pernah dibuat. Sila buat carta yang details tentang tarikh-tarikh dan jumlah setiap bayaran dan dilampirkan bersama resit-resit bayaran berkenaan;
6. Sila dapatkan penyata akaun dari bank, dari tarikh mula bayar sehingga tarikh terkini;
7. sila dapatkan penyata akaun terkini dari bank tentang jumlah yang masih tertunggak, bersama dengan kadar interest;
8. Salinan Loan Agreement (sila pastikan semua dokumen disusun seeloknya, diphotostat sepenuhnya, satu mukasurat/jangan photostat depan/belakang.
9. Kalau ada apa-apa tuntutan@dokumen lain yang difikirkan berkaitan, sila maklumkan, mungkin saya terlepas pandang.

Adalah juga dimaklumkan bahawa prosiding taksiran gantirugi akan difailkan secara individu, dan perbicaraan terpaksa dijalankan berasingan kerana melibatkan details/figure yang berlainan bagi setiap Plaintif. Oleh itu, saya harap kita semua dapat menyediakan dokumen yang lengkap untuk membantu ketelitian saya.
Oleh kerana prosiding taksiran gantirugi adalah prosiding berasingan, maka saya akan failkan secara berasingan. First come first serve basis!
Berkenaan dengan jangkasamasa taksiran gantirugi, saya yakin ia hanya mengambil masa 3 - 6 months dari tarikh prosiding difailkan.

Sesiapa yang telah siap dengan dokumen yang berkenaan, boleh hubungi saya secara peribadi untuk appointment kerana saya perlu diberikan taklimat khas bagi setiap PLaintif, atas jenis dan taksiran yang berkaitan.

Lastly, saya akan kenakan charge legal fee yang bersesuaian dan minimal, dan kos berkaitan bagi prosiding rayuan + stay, taksiran gantirugi and execution proceeding (of court order), as I couldn't afford to shoulder any more financial burden in respect of the entire legal proceedings, as I did for the past 5 years.

Buat akhirnya, yakin dan percayalah.. Tuhan telah menentukan jalan yang perlu kita tempuhi ini untuk menguji ketabahan dan keimanan kita. Mereka boleh berbangga dengan kekayaan dunia, justeru mampu merasuah pangkat dan kuasa. Biarlah mereka berlari dengan riang, di atas rintihan dan airmata kesemua kita, dan lain2 yang ditipu dan dianayai... Kita yakin Tuhan sudah sediakan bahang neraka yang akan membakar mereka dan mengejar mereka.. dunia mereka tiadakan aman, akhirat nanti pastinya menghuni neraka yang paling jahanam... Saya tidak pernah berdoa agar mereka diberikan hidayah, saya hanya berdoa agar mereka ditimpa kiffarah yang maha dahsyat.. lagikan Qarun ditenggelami bumi..

Sekian, salam hormat dan terima kasih.

Yang benar,
-sgd-
Wan Rohimi Bin Wan Daud

Anonymous said...

http://casagemilang-gombak.blogspot.com/2008/06/salam-semua-pembeli.html

Sunday, June 15, 2008
Salam Semua Pembeli
Salam semua Pembeli Casa Gemilang Gombak,

Aku juga merupakan antara mangsa yang menghadapi masalah dengan projek CASA GEMILANG Sg Pusu Gombak. Aku amat berharap sesiapa yang menghadapi masalah yang sama dengan aku sudi berkongsi masalah ini, begitu juga penduduk di Fasa 1 agar dapat memberi info @ tips dalam membantu kami membela hak kami yang Bayar Bank Rumahnya Entah ada Entah Tidak. Buat pengetahuan semua aku adalah pembeli apartment, dengan ini aku amat berharap kepada semua pembeli dapat bersatu menegakkan hak kita tanpa mengira jenis unit rumah Apartment & Townhouse @ fasa 1 @ fasa 2 kerana masalahnya tetap berada pada pemaju yang sama.

Sesiapa yang terjumpa laman web ini sudilah kiranya mengemailkan kepada aku alamat email untuk kita menjalin kesepakatan berusaha mendapat hak kita.

LIHASRIZAD ISMAIL
ijadz6868@yahoo.com
012-6868835

Anonymous said...

http://groups.yahoo.com/group/casagemilang/message/467

Re: 2. KEPUTUSAN KES TUNTUTAN DESA GEMILANG - LAWYER WAN ROHIMI

Alhamdulillah
bagi saya ianya satu kejayaan.
Macam mana dengan kita.?
Kita kena usaha lagi...

Boleh kah kita sama-sama bermesyuarat dengan wakill Desa Gemilang

Saya tahu tuan jaffar selalu berjumpa mereka
saya rasa kami yang lain pun perlu jugak bersua muka dengan mereka

- Faizal Fakaruddin
012-2233813
AJK BBCG

Anonymous said...

kes desa gemilang fasa 1 setahu setahu saya kes desa gemilang fasa 1 sedang dalam siasatan Jabatan Perdagangan Jenayah Bukit Aman dan pegawai yang terbabit adalah seorang Assistant Commissioner of Police.

Peguam KOMAB (Tetuan Rushdi Yusof & Associates) telahpun menerima aduan dan diminta tunjuk sebab oleh Lembaga Tataertib Majlis Peguam - keputusan belum ada lagi.

Anonymous said...

http://groups.yahoo.com/group/casagemilang/message/424

[casagemilang] PEMAJU HANTAR SURAT PROJEK DISAMBUNG SEMULA - JANGAN TERPEDAYA!
To: casagemilang@yahoogroups.com
Date: Saturday, March 14, 2009, 3:35 AM

Salam All,

Salah seorang pembeli CG telah memberitahu ada menerima surat daripada pemaju berkenaan projek disambung semula dan ditandatangani oleh si keparat Azman Rosdi. Diharap semua pembeli CG telah menghantar arahan kepada bank masing2. Tindakan yang kita mahu ambil tetap akan diteruskan kerana history pemaju yang tidak komited dan tidak jujur, S&P kita lemah dan banyak penipuan, status rumah "Service Apartment" dan yang dibina sebenarnya adalah "Rumah Pangsa Kos Sederhana" dan akhirnya status tanah yang masih pertanian..Status tanah Desa Gemilang pun masih tidak selesai lagi inikan pula tanah untuk projek Casa Gemilang.

wassalam,
JI

Anonymous said...

http://desagemilangfasa2.blogspot.com/2008/01/sejenak-di-casa-gemilang.html
Pada pandangan saya apa yang diminta tidak akan dilayan oleh Pemaju, kerana Pemaju telah memberi akujanji kepada Pembiaya untuk menyiapkan rumah tersebut dan menyerah hakmilikan kepada Pembiaya melalui Deed Of Assignment(DOA). Seandainya Pemaju "mengaku" projek tersebut terbengkalai secara bertulis barulah ianya berkewajipan memulangkan keseluruhan bayaran yang telah diterima sahaja kepada pihak Pembiaya sahaja. Dalam hal ini Pembeli tidak berhak membuat sebarang tindakan yang boleh menggugat hartanah tersebut tanpa persetujuan Pembiaya kerana kesemua haknya telah diserah kepada Pembiaya. Saya kira Pembiaya tidak akan mengikut rentak Pembeli yang mahukan bayaran berjadual Pemaju ditahan kerana jika tidak Pembiaya akan hilang "Jaminan Serah Hak" dari Pemaju. Hak Pembeli dalam kes kelewatan siap rumah hanyalah "denda lewat serah" yang hanya boleh dituntut apabila rumah siap kelak. Saya rasa Pemaju tidak akan melayan apa yang Pembeli minta seperti dalam perenggan 1 surat tersebut. Dalam perenggan 2 Pembeli tidak boleh membatalkan perjanjian JualBeli tanpa persetujuan Pembiaya. Sekiranya ia dibuat Pembiaya akan akan hilang hak terhadap rumah tersebut tanpa sebarang "breach of contract" oleh Pemaju dan oleh itu Pembiaya akan menuntut bayaran yang telah dibayar melalui tuntutan kepada Pembeli dan bukan Pemaju. Tuntutan Pembeli kepada Pemaju terhadap bayaran yang telah dibayar oleh Pembiaya adalah terlalu lemah. Dalam perenggan 3, Pembeli tidak mempunyai hak sama sekali untuk menahan Pemaju dari menyiapkan Projek Perumahan tersebut, kerana walaupun mereka Pembeli rumah tersebut namun mereka bukanlah pemegang saham atau pengarah di dalam syarikat Pemaju yang boleh membuat keputusan halatuju syarikat Pemaju dalam konteks Projek Perumahan tersebut. Dalam perenggan 4, Akta Pemaju Perumahan tidak menetapkan Pemaju wajib mempunyai lesen pemaju untuk menbina apatmen servis. Nasihat saya bersabarlah dan bersyukurlah sekiranya Pemaju berusaha menyiapkannya. Ini petanda baik rumah tersebut akan siap.

Pandangan Peguam Bank
June 17, 2009 9:21 A

Anonymous said...

Petikan dari; http://groups.yahoo.com/group/casagemilang/message/208

Re: [casagemilang] ADUAN RASMI KEPADA BAHAGIAN PENGAWASAN & PENGUATKUASAAN KPKT

Syabas En Jeff,

1. At least dapat surat pengesahan menyatakan CL adalah syarikat haram boleh dipanjangkan kepada bank (untuk tuntutan tangguh/bayar pokok shj/dll. kpd bank)
2. Kita pakat ramai2 buat laporan polis so that laporan tu boleh dijadikan antara bukti projek terbengkalai.. (lagi untuk dipanjangkan kepada bank/perbendaharaan dll)
3. Nak tunggu surat rasmi dari CL mengenai status alamatnya sama mcam tunggu rumah yang entahkan bila nak siap tu!
4. Bukan apa, saya dah hubungi bank (untuk mintak potong prinsipal loan daripada terus membayar bunga) tapi bank bertegas nak mintak status projek (samaada dari pemaju / KPKT / Koperasi). Masalahnya nak dpt dari CL entah bila.. kalau nak ikutkan first disbursement dah dua tahun lebih..sepatutnya dah ada disbursement lagi.. itupun dah menunjukkan projek tu hampeh.

JOM KITA PAKAT PI BALAI POLIS
Sesungguhnya Allah melindungi orang-orang yang teraniaya seperti kita...

Petikan dari; http://groups.yahoo.com/group/casagemilang/message/208

To: casagemilang@yahoogroups.com
Sent: Friday, December 5, 2008 11:04:20 AM

Aduan rasmi telahpun saya buat berkenaan masalah kita kepada Bahagian
Pengawasan & penguatkuasaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan .... meminta pengesahan bertulis untuk status Capital Lane yang tidak ada Lesen Pemaju ..Untuk makluman, memang Capital Lane telah disenarai hitam sebagai salah sebuah syarikat pemaju tidak berlesen dan bermasalah. ...once dapat surat tersebut, kita ramai-ramai ke Balai Polis terdekat di area Gombak untuk buat laporan..