Tadi jalan-jalan carik nasik ayam kat G1ant Batu Kep, skalik ada booth Creat1ve Ent (sure korang penah g lawatan sambil blaja masa skolah dulu kan ? eleh..jgn tipu). Mula2 aku x perasan sape si penjualnya, aku menarik tertarik kau da boom sbb nampak dia letak RM5 besau2 kat kabinet tu.
Novel 5 hengget sebijon ? Hmm murah bangat seh..belek, belek, belek. Nantilah..round dulu sambil angkat night gown seketul (iklan : nk pomot sila beli baju tido brand fiori2, x yah nak perabih $$ kat la seksa senza. Aku peminat) . Makan nasik ayam seround, bungkus sekor burrp, eh bukan ko tgh diet ke? hehe iye, tapi pagi tadi exam xleh diet nanti ilmu tak masuk :P
Dah kenyang baru la terbuka hati aku round 1x lagi, terus 'bungkus 3 bijik, kak' ceh mcm order kat mamak je kan ? Dah bayar, mata aku terpempan (eceh maklumla baru lps beli 3 bijik novel melayu, ayat sastera terus) . Woh! katun feveret aku dari kecik...collection...in hardcover. Woh lagi skali ! Katun feveret bapak aku jugak nih. Kalau baca Gila2, terus belek 1st page...katun Jaafar Taib yang tak ada dialog tapi lawak nak mampus. Sbbnya muka, mata katun dia mmg kelas, even watak2 sampingan mcm biawak kecik kat kaki gajah boleh buat aksi lawak...
Terus sambar juga. Gembira.
Suami nampak. Mau juga. Budak Minang ada ?. Ada. Sila beli dua. Kenapa ? Sambungan katanya. Suami gembira.
Pulang dari Giant ada 2 orang dewasa yang gembira dan 1 orang kanak-kanak yang memang sentiasa gembira. Dua kanak-kanak yang tidak ikut kurang gembira kerana adiknya pulang dgn jam tangan pink berhologram minnie boleh pancar ke lantai, dinding dan mata.