Wednesday 18 November 2009

Gold Coast 2009 : Day1 - 13 June 2009

To those who wanted to know the hows, what, where, when of my trip, bawak bersabar ye...biaq cheq ceghita peghabih dulu naaaaa...the reference link sites andd all will be given later. complete with do's and dont's or what ifs...okey ??

Let's rolllll

We bought the ticket in Nov 2008, about Rm9k++ for 6 of us. Subscribed to brokbeng and started my planning around Feb. DIY from scratch with zero knowledge except a story about the themeparks.

Gi buat passport for the kids, tukar duit sikit sbb rate tgh murah, brg2 yg nak pakai immediate like new stroller, comfy jackets beli sikit2. Visa, flu jab were done 2 weeks b4 departure.

Inilah dia beg hikmat saya. 1 luggage for 5 of us coz we rented a self-contained apartment (term kat sana ye), sini kita panggei fully-furnish la kot ye..tektik yang telah dirancang dari awal oleh shopaholic mummy :) Agak2 x cukup kita beli baru la kan ? Other than that, I knew I'm a great packer hehe.

All in all, aku telah menge'pack' brg2 ini :

Check-in
1 big luggage for baju bajan (not even full)
1 small luggage for foodstuff (this will be explained in detail later esp. for those with babies & those planning to cook)

Hand carry
1 knapsack
2 strollers
1 baby bag

Nilah dia muka sebenar cik Hannah klu time mamai or bebai hahaha..dia bengang aku x bagi ikut babah masuk check-in line. Apa2hal pun berpegang teguh dgn beg talian hidup dia tuh..ada 1 botol susu (mls nak bancuh due to that 100ml restrictions, bancuh onboard nanti) + 3 compartment susu to survive +- 12-hour journey. Tak cukup kalu, milk-machine ada to 'dispense' the fresh one ;P

Muka kalau dah tahap ni, jgn la buat silap, silap ayat ke silap intonasi ke, haruslah jadik bahan dia nak melalak

Along tergedik2 happy, dah check-in katanya, tak sabar nak naik flight jauh2, selalu balik Trg, x sempat minum air oren dah nak landing dah hehe...beg baru tuh, promise nak beli kat GC, sib baik beli siap2 sbb sana takde. Tapi end-up jadik baby bag, takpe dia redhoo...TQ Along

Dah check-in, merayap cari mkn la pulak, jumpa keter sepot ni, excited la the boys..wajib posing seround dulu.

Itu encik supir yg menhantar kami ke airport, malam before that kami landing kat umah dia dulu sbb closer to KLIA. TQ to both of you bro & sis for the 'service'.

Pusing sana-sini end up kat MekDi sbb memikirkan buat pe nak kenyang, ats flight nanti kebuntat depa bagi makan. So light breakfast adanya. Masa ni Hannah tak kawan ibu sbb merajuk kena marah. Dia tumpahkan kopi panas atas ribaanku..umang aiii..masak 'cik adik' aku !! Tukar sepentot sajor sbb jeans mmg xde bekal..

Seating arrangement tlh diatur dgn bijak, di barisan hadapan haruslah tukang booking tiket, my SIL, idola anak2 aku. Masa dia jumpa tiket murah ni dia baru balik tour europe, masih dlm emosi nak berjalan so dia pun masuk geng. Really helped me a lot lah. Klu kami berdua je nak handle all agak kalut jugak kot, so senang klu ada apa2. Everyone sorta got their own guardian.


Barisan kedua dikawal oleh ketua kumpulan dan budak terlebih happy, bukan happy nak travel happy sbb dpt mkn croissant. Baru dia tau croissant panas2 tu sedap..

Manakala barisan ketiga, agak malang kerana berada pada posisi wing, maka tidak bertingkap adanya. Lemas tau, aku ni suka ambik gambar, takdak tingkap kalu..cemana ? Sib baik diva kecik tak memberontak...tu pun dah rasuah ngan movie wall-e yg mana aku kena pegang headphonenya sbb maha besar, tak lekat kat kepala dia. Sambil2 tgk movie, sempat la jgk dia picit button panggey awek. Tau2 ada steward sebelah aku tnya, 'Yes mem ?'...dan aku hanya mampu jawab 'Yess??' sambil terkebil2 aku tgk dia dan dia tgk aku...hahaha

Along suka sgt dpt omellete yg sgt lazat, pose over pdhal pegang susu plastik jek...blom apa2 dh layan movie jgk..igt kot nak Zzzz

Hehe siap belasah croissant org tu, pastu kami mintak lebih ngan steward, nasik lemak marbeles tapi aku x lalu sbb telinga bengang. Telinga kanan aku ni mmg problem. Klu naik lif more than 20 floors pun mula la berdengung.

Ini budak mmg berbaloi aku byr. Belasah dik..belasah..sumer dia taram. Aku mintak coffee, dia pun seposen jek order coffee...dgn comelnya ckp kat awek..'nak coffee..'

Dessert time, sejuk2 pun mkn eskrem jugak, eskrem peberet depa lak tu...aku tgk pun muak..ewww cannot go...

Budak yg jarang merasa aiskrim, nak mkn pun pikir dulu, jilat2 sikit..memang menghayati dan fokus kepada acara yg ulung itu. Sib baik bkn popsicles..klu tak sorry ye cik abang..

Minah over kembali lagi, cuba korang tengok atas tray dia. 2 eskrem yg dia mtk sendiri kat cik adik pramugari.

Okay, perut sudah kenyang, masa untuk tidorr. Tapi bila aku ckp 'Adik tido la ibu nak ambik gambar'...Automatis itu tgn suda naik...aiya...fotogedis gila pompuan ni.

Aku kan ibu mithali, lps makan tak tido...ada tugas menunggu..isi segala borang2 keperluan nak masuk negara org, this will be distributed on plane, ini borang wajib isi ye. Jgn nak lengah2, dpt terus isi, selit celah passport. Bahagian nama agak ciput, so klu nama panjang cam nama askar aku just isi ikut passport takat yg muat, pastu pandai2 la bgtau org Immig sana nanti. 12 kiping borang haa..tulis mau tunduk2 haa, itu tray ada gegar2 juga haa...saya suda pining maa

Haaaa...yang ini pulak, baru punya..gara2 H1N1 la, bukan apa dia just nak contact ko incase tetiba nak kena kuarantin ke kan ? Kot tetiba ada la makhluk 1 flight ngan ko confirm kena, jadi diorang tau la mana nak cari..gitu..Jangan gatal nak tick Yes ye...tido la ko kat bilik kuarantin or kena htr balik hahaha

Cuaca sangat indah, tapi aku cakap je la, aku kan nampak dinding je..nak berangan di awan biru kalu kena gi seat depan. Cantiknya awan

Dah dekat2 nak masuk zon perang Ostolia, tiba2 tingkap blur..bila tgk dekat2 rupanya snow...maklumla kat sana tgh winter, walopon xde snow kat bwh..kat atas ada la kan..sure kesejukan badan kapalterbang itu...

Setelah terbang selama 6jam, maka ko akan dipaksa singgah sebentar di Sydney. Transit for 1.5hrs. Memang gitu perjalanannya klu nak ke Br1sbane. Kena bawak turun segala harta ko walopon lepas tu ko akan naik flight tu balik dan duduk seat tu balik. So jgn nak sepah2 brg ye, keep all important documents in 1 place. Masa keluar dari perut kabin, ko kena ambik transit tag dr crew yg beratur kat luar duk jerit 'Brisbane..Brisbane.., boarding at Gate 58'. No worries, arahan very the clear. 1.5hrs mcm lama kan ? Sebenarnya tak sempat nak buat apa pun sbbnya ko kena go through all the checkings and scans. Sempat masuk kedai subiner, beli fridge magnet (FM) sket pastu dah lari gi boarding. Masa ni kamera aku dah kong baterinya...hampeh. 1 kiping gambar saja...

Naik2 tgk seat dah kemas and dpt blanket baru. Aik..ingatkan sbb h1n1 ni terlebey hygenic rupanya sbb ada passenger baru dari Sydney nak ke KL. Depa akan transit kat Brisbane..oooo gitu.

Haaaaaa dah sampai pun, bru pkl 9 mlm kat KL, kat sana dah 11 mlm ni...tambah 2 jam ye puan2. Abaikan gambar awek cun kat depan ni, aku sebenarnya nak tunjuk kat korang Customer Service Counter yang wane oren kat belakang tu. Kat sini sumer integrated. Tak kira la ko amek apa jenis kenderaan pun, kalau dah booking siap2..gi jek counter tu tunjuk surat booking segala bagai and dia akan bgtau pukul berapa or kat mana nak tunggu or amek kereta (utk sesape yg book kereta dari airport).

Kami dah decide takmo rent siap2 sbb baru lepas long journey, sampai tgh malam plak tu, nak redah town carik hi-way mlm2 buta. So daripada penat drive and penat sesat, kami pun decide ambik shuttle airport to GC, depan tangga gitu. Charges are according to zone. Aku dah pre-booked the shuttle from the net, tapi masa kami sampai shuttle tu dah blah, so kena tunggu next shuttle. Masa ni muka serabai sumer, ngantuk + penat & lapar sbb airport ni sgtlah boring, haram takde kedai, ada skali kami tersilap jln masa cari tpt nak tggu shuttle, skali suda silap ikut bontot pramugari...rupa2nya itu shuttle airline Hampres. Kat luar lagi la takde apa. Masa tu x jumpa counter lagi. Tips dia : kuar jek Arrival hall, korang ambik kanan, jalan jek sampai nampak kaunter oren tuh.

Sambil tunggu tu buatlah keje2 yg berpekdah sikitkan.. so kami ambik gambar lagi (ada pekdahnya ni), pastu g kutip segala brochure, magazine yg penuh kat kaunter tu. Sbbnya kami nak peta byk versi + kupon2. Oleh kerana lps GC kami akan meredah Brisbane maka aku kutip brochure BNE siap2...nak kena study beb..budak2 plak excited dok picit touchscreen map airport. Jgn risau..di sini aku gelarkan sebagai zone Muslim friendly. Surau & halal food outlet ada di mana2.

Aku nak amek gambar ala mural gedabak kat atas nun, so aku selit je la anak dara aku, baru la memenuhi konsep ' I woz ere', kang xde bukti plak aku penah pegi..korang tgkla betapa gersangnya airport ini. Hanya arriving passenger & supir2 yg menunggu dgn placard nama sahaja (pak guard tetap ada..)

Eh mcm lupa plak nak citer psl part paling cemas dan mendebarkan dalam sejarah aku menggunakan airport. Ostolia mmg well known dgn ke'strict'an in luggage checking. So kalau korang bangsa yg nak masak mcm aku, sila plan nak bwk apa . Ekceli nak cari halal food kat GC adalah super senang tapi memikirkan aku bwk 3 budak yg boleh jadik monster klu lapar, aku decide nak masak for breakfast & buat bekal sikit while nak jumpa tpt mkn. Boleh jek beli brg mentah sana, melambak jugak. Supermarket siap ada Asian aisle..indomie ka roti ka..tapi klu dah sebungkus aud4 tak ke botak aku...Aku bajet by end of journey aku leh kosongkan beg food tu untuk isi ngan hasil shopingan pulak. Strategi strategi

Masa turun flight, depa sediakan tong sampah untuk ko buang segala mak nenek foodstuff yg xleh bwk. Pastu masa Q klu ko ada bwk food, ckp siap2 kt officer kata ko ada brg nak declare, nanti dia terus bwk ko g kaunter declare, else ko kena lalu scanner n ada anjing hidu skali, gila babas besar itu anjing, bila b'diri sama paras pinggang aku..ngeri, sib baik pakai vest, ada la faktor kiut sikit..

What I did, all stuffs needed to be declared (food, medications) letak in 1 luggage and aku prepare 1 list (will be posted later). Bwk 2 copies. Sediakan kunci beg kt tempat yg mudah nak ambik sbb they will definitely ask you to open klu declare ada food. You can sorta try your luck by placing 'suspicious items' (like cambells soup powder which got dairy content etc) at the bottom. Put those good item on top, the worst they can do is just throw it in the bin.

Psst..I almost stopped breathing when I realised that I forgot to throw the Ferrero & cereal bar taken from the flight, it's in baby bag placed at the back of stroller. Fortunately, they just check the bag that we said we wanted to declare, both strollers were parked aside and not checked. Fuhh !!

Shuttle dah nak sampai so kami kena tggu kat sini, see, very the clear sign, konpem x sesat. Sejuk siot time ni, winter + midnight + windy, sekali angin tiup rasa nak duk blkg troli tu je

Shuttle suda sampai, 1 lagi benda yg aku kagum, mmg on time lah klu bab2 transport ni (b'dsrkan seminggu aku kat sana la..) Cepat2..naik..naik...Hannah x kasik org pegang beg susu dia, sampai lutut pun sampai lutut la..

Nak duduk ngan babah aje. Babah muka dah fenat, senyum paksa hehe. Sib baik aku x sewa keter from here.

On the way ternampak 7-E, hehe bdk2 tu pun perasan. 7-E depa leh isi minyak bagai. Akhirnya sampai kat apartment. x sempat nak ambik gambor mlm2 sbb dh past midnight, tau nak carik katil jek. We rented a 2-room self-contained apartment at Surfers Mayfair. Given a unit at 10th floor facing both beach & Nerang River.

Ni entrance, bukak2 je pintu ada laundry room. Got washer & dryer. Sabun ada jual powder in sachet. Takyah beli sbb dah ada kat tepi tu, previous guest tinggal la kot.

1st bathroom for my SIL & kids usage. Melompat tgk bathtub. Mlm tu menggigil, carik suis heater x ada. Alamak !! Rupa2nya depa provide portable heater for each room. Legaa

The living area, dining & kitchen, open concept sbb depa tak main tumis2 hehe. Ibu mithali terus bertugas, standby air panas utk susu. Itu jek yg SIL aku snap mlm kami sampai. Aku dah ilang ghairah sbb dlm kepala dh plan what to do nxt morning.

Bwh ni gmbr apartment yg aku sempat amek masa nak blah, tu psl katil x senonoh jek rupanya

Master with walk-in closet and attached bathroom (got jacuzzi maa...aww) Jacuzzi hape nye..winter ni weh.

Dari sudut ceh sudut plak...from dining area. Laki sapa la yang mithali sgt kat dapur tu.

Ni bilik 2nd. Kalau booking bilik on the net, the moment letak no. of guest, automatic the room type akan changed to the one yg boleh suit the size. Being M'sian (haha) aku terpikir gak, agak2 depa check tak klu aku sewa apartment 1 bilik je. Tapi pikir2 balik, kang x psl2 aku xleh masuk and forced to rent another room, chaos la plak, dahla negara org kan ? x berani beb. So that's it.

Day 1 officially end here.

6 comments:

Amir Syafiqah said...

Wah, tak sabarnya nak tahu... Next please....

idasm said...

khatam sudah... bila nak sambugn ni weh... hehe... best2!!!!!

idasm said...

khatam sudah... bila nak sambugn ni weh... hehe... best2!!!!!

Lazila said...

wah.. very the detail... gud gud.. baru day 1.. next...

PerantauSepi1306 said...

hehehehe... sib baik transit ko sempat gak amik napass dan beli souvenir ok.. den transit kat s'pore nak ke dubai dulu.. mengengkang lari carik next gate sbb flight aku dah delay dan the next flight dah nak berlepas.. wakakakakaka.. nice experience share lah lagi the tips.. do's and don'ts

Tukang Campak said...

haha sumer ckp next ek...next aku leh jadi next week or cud be next month oso ;P

Sydde, singkapoh airpot mmg gitu, tu lom salah terminal lagiks, sket punya jauh..lbih dr ngengkang dah haa..

ok nanti aku share mana2 yg aku ingat or mana2 yg aku dh terkena hehe