Monday, 22 December 2014

Nak mula balik...

Nak mula apanya ?

Ntah...rasa macam nak reboot myself and start the new me.

Yang lebih positif
Yang lebih berobjektif
Yang lebih berjiwa
Yang lebih halus
Yang lebih memberi
Yang lebih manis

Paling penting
Yang lebih membuat dari bercakap
dan tentu sekali bukan yang melebih-lebih

Resolusi 2015 kah ?

Tidak juga...

Resolusi saya tidak terikat pada masa. Resolusi 2011 baharu sahaja dicapai di saat 2014 hampir ke penghujung. Resolusi 2012 masih dalam status 'in progress'

Aku tidak berani beresolusi dengan masa hadapan lagi kerana aku hanya ingin meneruskan kehidupan secara yang terbaik, 1 hari demi 1 hari. Yang di hadapan tak terjangkau, tak mampu untuk aku fikirkan. Biarlah Allah sahaja yang mengatur.

Ya Allah izinkan aku menjadi seperti yang aku mohon, semuanya tak mungkin tercapai tanpa izinMu. Berikanlah aku ilham dalam membuat pilihan dari sekecil-kecil urusan hingga sebesar-besar keperluan, kehendak, keinginan. Jika itu bukan yang terbaik, lencongkanlah hati aku Ya Allah, sesatkanlah hati aku ke daerah yang terbaik buat aku. 

#approaching 2015

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.