Monday 26 March 2012

Pengajaran dari acara merempit...


Post ni buat aku naik  angin tengah malam buta. Bila publish kluar selambak 1 perenggan. Konon rajin nak ler edit pehtu laju2 klik ‘Revert to draft’, hamek ko selamat sumer, tinggal blank page. Tp  kata org en.Gugel kan ada. Tanya la soklan sehampeh mana pasti ada jawapannya. Untuk kes hampeh aku ni sila ikut arahannya di sini. Rasa mcm hape lak follow blog senirik tapi I loike sbb terpampang post ku disinun

Nilah dia entry yang merajuk dengan aku semalam, sib baik x sempat repot polis sbb lum 24 jam :P
............................................................................

Ntah apa mimpi incik soami ajak merempit petang tadi selepas dia merempit ke Karak b'sama geng2 di pagi hari. Rasa bersalah ke lama x bawak aiii hahaha gelak seperti Cruella de Vil dalam 101Dalmatian.

Tapi merempit dekat2 je la sbb sambil2 nak isi minyak & beli ubat demam Hannah. Haaa kan betul, ajak sbb nak ambik hati isteri terchenta yang last naik muto tu ntah bila ntah... :P apa kelas nak bawak bini, geng rempit dia sumer 'bujang'an, lagipun kalau bawak aii takut nanti uuu xleh isap rokok hehe

Entry ni nk bagi ilang ngantuk sebenarnya, aku break jap tgh buat slides opis. so buat 1 entry bodoh yg x payah nak pikir bagai.

Tengok tajuk kata pengajaran, tapi membebel je pengajarannya nan ado. Ok, kita terus ke tajuk utama ye puan-puan (ceh ayat konfiden xde reader jantan)

Pengajaran 1:
Sila pakai jaket atau sebodoh2nya beg pinggang supaya takde org pengsan tengok spender pepel mu yg dibeli di Mydin Masjid India itu. Walaupun berlace dan selembut salju, itu hanya utk suami mu, bukan utk pandangan mata pemandu muto & keta di DUKE. Nasib tak baik nmpk pinggangmu yg berlapis itu. Pandangan sedemikian adalah hazard di jalanraya.

Pengajaran 2:
Sila check waktu perniagaan kedai sup mamak mengancam di Setapak sblm bersusah payah konar & detour utk ke sana kerana mamak pun tau penat dan nak rehat hari Ahad.

Pengajaran 3:
Jika tiada knapsack, sila jgn gatal nak beli apa2 kerana membawa plastik belian yang bertajuk *nama kedai cina* di tangan sewaktu menaiki superbike adalah tidak cool.

Pengajaran 4:
Kalau hari hujan, sila pitstop dikedai yg jual byk kudap2an supaya boleh order tanpa henti dan bukannya kedai yang bagi menu ada otak2, kepok lekor dan kerang rebus namun hakikatnya makanan itu hanya ada dalam menu SAHAJA.

Pengajaran 5:
Kalau hujan, superbike tak superbike..lencun tetap lencun, jadi yang menumpang aka menonggek sila jauhi pakaian putih kecuali anda supermodel yg memakai bra jelita di dalam. Suamiku, sila beli baju hujan atau jaket kalis air supaya anda kelihatan seperti alien atau sekurang2nya robot.

Pengaran 6 dan terakhir :
Kalau tak nak se'eh serta nak bajet cun menempek kat belakang rider, sila kuruskan badan supaya anda :
- tidak body conscious setiap kali itu rider potong kereta rapat2. Pemandu kereta lain juga akan kecewa kerana bila kedengaran bunyi vroom vroom, kepala suda bajet ada awek ala2 GadisLitar, skali awek bontot XXL
- tidak mengalami masalah untuk zip jaket rapat kebawah kerana diameter jaket cuma 2/3 dari saiz bontot, lalu jaket melorot naik ke pinggang yg masih ramping walopon kalau salah posisi jadi berlapis juger..
- tidak menganiaya bahagian tepi lubang hidung yang bergesel dengan pipi yang selambak dihimpit oleh helmet ketat yang amat itu. Lubang hidung sempit boleh mengganggu pernafasan dan kita perlu kasihan kepada blackhead2 yg berada dibahagian tersebut. Lemas dia..

Itu sahaja pengajaran berdasarkan acara naik muto laju bersama suami yang ku sayangi petang tadi. Walaupun setakat Gombak & Setapak, banyak pengajaran yang I dapat. Macam pantun siot...like 3x.
..................................................................
Pengajaran tambahan lepas kes post hilang, jangan gatal nak revert to draft & jangan gatal nak create post kat iPad.

5 comments:

ikan said...

Hahaha mmg frust kalau bunyi vroom vroom tapi muntot xxl hahahahaha
Ok nanti I buat pengajaran naik bike as basikal, Tok Laki I dah beli folding bike hahahahah

edrina said...

hahahaha..kelakar

Mrs.NZ said...

wahaha...i pon akan kecewa kalau di tempat kejadian,dari cerminpandang tepi dah bajet gadis litar..takpe janji u dapat gak menonggek,XXL pun sexy hokey.. ;)

p/s i suker pengajaran no.1 tu..sbb antara sakit hati (sbb keciwa tadi) dgn sakit mata,i takleh tolerate kalau sakit mata.. :p

eline hamdan said...

mng tak bley blah punya entry...
jgn ada org yg amek gambor "vontot hang + plat superbike" then post kat fb... tak sanggup ngaku kawan...

Tukang Campak said...

Aiyoo...nk kena godek setting nih, nape aku x dpt notification ada org komen neh..

Dd : dr tempoh entry ni sehingga aku jwb komen, vontot sudah naik pangkat tambah extra 'x' lagi :P

edd: hehe sepjg duk menonggek atas muto tu dok pikior mcm2..sesalan, happy-an, hampes-an huhu

ninie : XXL tidak seksay, XXX baru seksa-y. kalau sakit mata sila titik susu ibu (anda ada byk stok bukan ?)

Eline : kalau yg ambik gambo & post kt fb tu mungkin pemilik waja ijo plet AEE. Tangkap gambo sambil pejam mata sbb x sanggup tgk hahaha