Friday, 7 November 2008

Yay !! Adan dah Grad

From Pre-school...poyo jek ibu dia mcm hape2 jek. This time around rileks sikit sbb cikgu2 dia mcm dah more organized & cool compared to masa Along dulu.

Sunday 2 Nov 2008, kami melepak2 kat Dewan Masjid W1layah sempena Hari 1htifal aka graduation day Adan. Seronok tgk bebudak buat persembahan..Tadika ni ada 6 cawangan sumer, so masa graduation day nih dia combine. Mcm masa suka la jugak...event started around 1.30pm

Adan n the gang buat dikir barat. Hahaha meriah and suka tgk Adan konfiden jek masa buat segala gaya dikir barat. Takde keras sgt anak teruna aku ni...tingat jaman2 aku buat dikir barat ngan geng2 masa open day matrik. Yang aku ingat geng2 Ganu jek, mek da, mek ju, mek nor sbb diorg tarik aku masuk last menet and aku pinjam baju melayu koning senior mat jack,..eh ye ke..ke Mail klasmate aku punyer... ahhh lupaaak (meniru dialog peberet bibik aku)

Dah puas layan segala show, masuk acara bagi awardlah pulak. Ada la 12 kategori award ni..best student, hafazan, bacaan bla bla and last skali kategori Akhlak Mulia, aikk...mcm ku kenal budak yg berakhlak mulia itu, anak siapa yach ?? kekeke Mula2 baca surat dr sekolah kami dah gelak2 dah...ye la kat umah dialah superman, ultraman, monster, cucuk sana, usik sini. Tu time2 aku naik angin aku tanya dia 'Abang akhlak mulia kat sekolah je ke ?'

Pas dah abes excellent award tuh, beratur la masing2 nak ambik sijil sumer. Seronok masa lepak ngan bebudak ni. Ada yang siap tanya 'Acik, ok tak gambar saya ??' hehe statement perasan hensem


Yang memeriahkan majlis. Ibu, Babah, Along & Adik (ye ke ??). Paksu n Maksu pun dtg walaupun dah sekerat jln.



Adik Adan ni pun layak dapat anugerah akhlak mulia kot, takde pasal la nak duduk elok2 kat kerusi kan, selamba badak jek dia meniarap kat dpn stage, main tolis2 conteng2. Tali atas tu ala2 no entry and satu level ngan VIP nyer seats. Haaa...gila depan


Dah selesai, kami carik NKVE nak gi makan free plak kat B@ndar Puteri Klang. Nak jadik citer ter'miss' exit...apalagaa..layan la tour de klang jap. Sampai umah Ezzah dh dekat nak mahgrib. Layan nasik minyak seround (Hanis mkn beround2)...pastu blah. TQ Ezz..

Sib baik next day, Monday cuti...tapi still kena bangun awal, agenda buat passport kat Pusat Bdr.

No comments: