Showing posts with label Outing/Lepak. Show all posts
Showing posts with label Outing/Lepak. Show all posts

Tuesday, 12 October 2010

Hari-hari terakhir Syawal

Dihabiskan dengan acara...MAKAN (lagi ??). Bukan nak posa 6...apa nak jadi korang nih ?

Bila :: 7 Okt 2010
Mana :: Balang Field
Siapa Tamu :: Org Gombak + Org Kajang + Org Nilai
Siapa Host :: Cikgu Eline & Incik Burn

Sebelum Syawal habis, 1 acara makan2 yang diadakan pada hari bekerja telah berlangsung. Pada mulanya ia adalah acara 'aku nak beraya rumah Eline'. ( Kajang, Putra Heights boleh cover, umah geng se-Gombak x sampai2, ampun cikgu). Kemudian ada org itu yg suaminya sangat bizi di waktu malam (???) juga mahu menjoin dan seorang lagi yang jauh di mata minta dipostponekan acara supaya dapat menunggu suaminya pulang dari perbatasan kejauhan.

Malam itu Gombak digegarkan oleh suara2 nyaring kanak-kanak ribena yang berjumlah 9 orang. Tuan rumah, pasni harus pasang bekas lapik telur kasik sound proof sikit.

Dah penat layan perut, jeling/tengking/jegil & sebagainya, kami pulang dgn hati riang, perut kenyang tapi tetap tensi sbb esoknya kirjaaaaaaaa...

Apa2pun, TQ sbb susah payah berkompol di hari bekerja kerana kononnya wiken sgt pack, juga kesanggupan mendengar jeritan, rintihan, sentap-an anakmu anakku jua yg out-of control.

Tima kasih banyak2 tuan rumah yang masak mcm nak makan 20 org dan sbb kasik tapau gulai & sup (x yah masak utk esok yay!!).

Tima kasih sbb tak serik terima tetamu bingit.

Selamat.Hari.Raya.

Layan gambar yang surprisingly x dak gambar adult aka mak2 yang tengah goss. Secara kronologinya...

Mesyuarat dulu, cemana nak havockan suasana

Semua gumbira..peacee

Opps tetiba....sentap tapi stylo

Kawan2 terkasima, dimanakah silapnya...

Biarkan dia..kita sambung pose..

Sambung acara sentap secara stylo, lihat kaki

Eh eh..ada lagi sorang, tektik & lokasi yg hampir sama

Dah boring, buat lawak sesedap rasa korang ye

Siriyes...tak bley blah punya, ko dangdut ke cik kak ?

Mereka yang tewas...

Gula2 jelly ni !...erghh Iman tertipo mkn 'Sour'