Sunday, 27 February 2011

He's away...

...for good reason.

Man selamat menjejakkan kaki di Tanah Suci for more than 4 days now. On Fri aku rasa aku dh ok and aku yakin aku dah ok. But now I know that aku sebenarnya tak ok lagi.

Maybe because ada exam on Sat so otak aku dok focus nak exam, now that exam was over...the feeling came back. Tak tau kenapa kali ni rasa rindu kat Man macam..entah aku x bleh explain. It's just too much. Overwhelming.

Bukan tak pernah berpisah, even pernah sampai sebulan aku kat Manila and S'pore. Maybe sbb dulu aku yg tinggalkan diorg...yeah maybe, dia pun pernah pegi teambuilding and amik lesen dive around 4 days..so I cant tell why it is so different this time around.

Dd came to my house today sbb hubby dia ada event opis dkt Kemensah, tak jauh dr umah aku. Impromptu visit from a friend maybe to cheer up my day. TQ babe. All went well until she left..rasa sunyi sangat walaupun anak2 duk melompat atas katil. Hilang semua azam aku nak habiskan buku2 yg belum baca coz I can't sit on the bed without thinking of him. The moment budak2 tido (semua tido 1 katil rapat2 peluk2) I wept, I cried myself to sleep every night.

And I know for sure that my husband cried to sleep as well. I can't help but crying while doing this entry. And I haven't stop crying for the past 1 hour. Ayang, ibu rindu sangat2 kat Ayang..Ibu doakan Ayang dpt buat umrah dgn tenang, doakan ibu jadi isteri yg lebih baik, ibu yg lebih baik, doakan kebahagiaan kita dan anak-anak.

Kena hasut ngan setan apa aku ni sbb sedih2 when I'm suppose to be happy & let him go with an open heart as he's visiting RumahAllah. Ampun Ya Allah, murahkan rezeki kami agar kami sekeluarga juga diberi peluang melawat rumahMu ...

Monday, 21 February 2011

OMG OMG OMG

I do not expect to receive a nomination, what more an award. I did not prepare any speech coz this is so unbelievable, unexpected..OMG *tapak tangan di mulut*

I would like to thank my husband for being my rock, supporting me during hard times. My family, my friends mmm mmm OMG, I'm sorry if I missed any names I cant think straight right now.

Mmm not to forget to honeyseries for awarding me with this meaningful award. It means so much to me. I can't thank you enough. *cium award sambil melambai kepada hadirin dan hadirat sekelian*.

Turun tangga sambil pegang gaun meleret panjang...in slo-mo...opps tergolek plak...




PENCIL Yang Bappak Besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM Bergerak Tanpa Henti (tidaklah animated gif jadi toksah la tenung pelem itu, konpem x gerak ye adik2)
Menunjukkan AWARD ini di FORWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO Bulat Berkelip-Kelip (nan ado jugak kelipannya)
Jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer (ngeri siot, ahkak x sanggup jadi begitu walopon ahkak sukak online). Ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Untuk maklum balas penerima AWARD ini, ikhlaskan hati untuk membuat entri/posting berkenaan AWARD ini dengan kreatif dan penuh estatik beserta FORWARD kepada 6 orang yang betul - betul layak menerima AWARD ini. Anda juga boleh meletakkan AWARD ini di side bar atau dimana - mana yang bersesuaian. Tinggalkan comment untuk ucapan manis anda.

Ah sudah...aku bab2 ni memang lemah la. Jadi sebagai seorang bekas auditor bertauliah, saya dengan ini menubuhkan Suruhanjaya Pemilihan Blogger dengan objektif utk memilih siapakah yang layak mendapat award ini sbb saya benci bila kena decide bab2 cenggini..i menci tauu...

Sunday, 20 February 2011

One down...few more to go...

My cinta hati will be leaving for umrah in 2 days time and I was having trouble sleeping for the past 1 week. We are missing each other already as we won't be together for at least 14 days. He will be accompanying his mother (father & SIL+ her fmly) as part of MIL's nazar.

So here we are, feeling miserable like 2 love-sick kids who are about to be separated during semester break. Touchy feely sexy u name it..

After class yesterday morning, we went for a date at Pavi and poured our soul out. He then dragged me to THE BAG shop but I declined saying that I do not want to buy it yet as I want to get it together with my buddy, so he asked me to pick another bag. Something in khakis with pink rose handle/sling. When he was paying for this, I fell in love with another 2 bags. Sangat tamak di situ..



So, one down, many more to go hahahaha to my kaki in UK, L0ngchamp is still in my list, hampir ku lupa diri di Pavili0n last week coz a similar nylon bag (but triple the price) was on 40% sale but managed to sekeh kepala sendiri and back to reality. Maybe sebab ternampak SazzyFalak pakai legging sambil carry green ChaneL(L) terus lupa cita2 beg nylon.

Tabung eLviVo juga sudah dilancarkan. I'm letting go few of my bags soon untuk memenuhkan tabung2 lain.

Please oso gimme my Anya, MatYaakob would be marvelous (tp marc by matyaakob in Pavi carries hideous design. Aku lalu xde prasaan nak pegang2 pun, but KLSeeSee outlet mcm menareks.



Confession : my last bag & shoe shopping was in 2009. Sekian terima kasih

Monday, 24 January 2011

Selipar saiz 5

Just a note to myself, your dear daughter is no longer a small baby, she's now officially wearing selipar saiz 5. Same size as moi. 1panema no less, Ba-ta no more.

Theoritically, it's another phase of life where she expected you to be more 'friendly' instead of the usual mother-nagging-stuffs thrown her way. This is a phase that will chart her love growth as I now competing with her friends.

We might think we did the best as a mother but we may fail to realise that what she needs is a friend or should i say err 'friendly mother' ?.

Hammer that to your head, ibu...and babah as well. Think back when you were a child, would you like to be treated the way you're treating them now ? If you like it, good job. If you hate it, chances are..you kids loathe it as well.

Tuesday, 11 January 2011

Jalan-Jalan Ibukota 5 : MenaraKL

Bila :: 19 Dec 2010
Mana :: Itu KL Tower ..
Siapa :: Anak-beranak

Acara terakhir dalam tour de KL. We owe them many more [Planetarium, Pusat Sains, Istana Negara, Taman Rama-Rama, Zoo Negara (Hannah has never been there), etc]

Our last trip to Menara was long time ago when Hannah belum wujud lagi. Maka haruslah merangka satu lawatan sambil belajar ke tempat-tempat sebegini supaya anak-anak tidak hanya kenal negara orang tapi boleh juga riak (eh sape ajar riak2 nih ??) dan berkata 'I woz ere' (x leh blah when this was trend dolu2, penuh kat dinding).

Since kami saja carik nahas pegi masa weekend maka terimalah akibatnya kan ? Umang aii ramainya ummat manusia kat sini oii. Lepas beli tiket kitorang gi layan acara2 sampingan kat luar menara seperti mari menunggang kuda 1 pusingan tapi tali I yang pegang. 'I' disitu merujuk kepada Bangla. Konpius jap, aku b'cuti kat Bangladesh ke ni ? Piangg penampar sebijik, baru sedar masih di KL.



 Beratur dengan sabar dan sivik menunggu giliran memandu kereta konon cas driver F1, padahal aku tukang ambik gambar je.


Sebelum naik atas, harus ambik gambar dulu. Biasa la tektik tmpt2 camni buat duit, gambar x semenggah (sila bersyukur), aku snap lagi lawa (riak disitu), sia2 jek kamera gabak (kutuk org). Sib baik ada frame kertas tulis MenaraKL buat kenangan utk anak2.

Muka focus atau konpius nih ?
Naik atas layan anak-anak berebut binocular ngan kanak-kanak dewasa. Letih. Sempat mengendap org mandi kat few hotels . Sempat teropong opis aku. Main teka-teki 'itu bangunan apa', kalau silap, sila sentap.



Tetiba promosi 1Malaysia, anggapkan 1hati 1jiwa jelah
Lepas kena pau fridge magnet, kami beransur ke next destination. KLCC. Ayat macam aku nak g jadi 
tourist dan beratur naik jambatan gantung tu ye padahal nak gi lunch kat Chili's hehe
Hot item @Chilis
Sekian timakasih sbb dah abih citer psl lawatan sambil belajar. Eh lupa, kat bawah Menara ada mini-zoo yg agak eksotik sbb ada byk-nak-mampus ular dalam tu. Aku jalan sambil seriau seriau meremang bulu tengkuk intai atas bawah takut ada sekor yg bijak bistari escape duk kat atas bumbung ssss-sss-sss sambil intai ahkak. Imagine citer anaconda. Woh ngeri siot.

Soklan : Ibu, boleh tak kita bela kurakura ni ?

Hensem tak aii ?

Monday, 10 January 2011

Jalan Jalan Ibukota 4 : AllahuAkbar, sampai jugak...

Bila :: 13 Dec 2010
Mana :: MasjidNegara
Siapa :: All of us

Setelah puas ibu mertoaku mengehint, "Asik duk pi KLSeeSee ja..cuba bawak pi MasjidNegara ka, mana ka..". Toing toing tepat di dahi..

Maka, acara hari itu telah diatur dgn teliti, dimana kami akan timing betul2 so leh solat Zohor kat sana. We went there almost 3pm to avoid crowd during lunch hour and it's proven as the best strategy coz we managed to secure a parking inside the mosque compound.



KL is very hot you know, lepas solat ambik peluang sejukkan badan kat situ kejap. Ada sorang makcik tu siap pusingkan kipas kotak a la aircon tu hala kat dia aje, kepamnya bau sampai kat kitorang. Duk depan kipas angkat telekung so that angin sejuk masuk dlm telekung dia je, aci ?



Sementara tunggu babah yang ambik peluang Zzzz sandar kat tiang, sempat la pose sekejap. The place is currently undergoing some renovation at certain wings esp the one to MakamPahlawan or something. Told the kids that I would bring them to the building behind them ..someday..stesen ketapi, musti pigi, tapi bila tuh agak2 ?







At last, berjaya jugak bawak budak pi sini and again, I can proudly said that I went to MasjidNegara albite a lil bit too late (sad eh ?) when others went there during 'lawatan sambil belajar' sekolah rendah lagi hehe.

Rating acara : A+

Jalan-Jalan Ibukota 3 : berTAMANBURUNGan

Bila :: 13 Dec 2010
Mana :: KL-BirdPark
Siapa : All of us

Right after me'nugu' & lunch ikan bakar, perjalanan diteruskan le destinasi yang di tunggu2. Mari melihat burung adik-adik !!



Tiket tidak murah ye walaupun berMyKAD, setarap tiket Aquar1a la jugak but I think it was well spent sbb bukan senang nak jumpa burung merak yang boleh dikatakan bersepah2, boleh terpijak2 ekor lagi...merak yang kat bawah aku rasa mmg dh di train utk jadik seekor merak yang riak haha, bila dia zasss bukak je ekor dia yg stunning itu terus pusing2 ala2 princess pakai gaun, mcm nak kasik kitorang tgk segala angle sampai punk0q dia pun tayang2 yuckkss. Bukan merak je..burung lain pun macam berkeliaran sana sini...terkejut gak tiba2 terpijak, tersepak (aku tgh hayun kaki kat wakaf tiba2 ada burung lalu..rasakan penyepak aku dusyum !!)



Belum apa2 dah penat..alasan!! nampak jek stall terus penat ye. Gi sini jgn lupa bwk bekal air, air mineral kecik adalah = rm4. Harap maklum. Kejadian x bleh blah berlaku di sini bila sorang mamat tourist pakistan tanya Man. 'Are you from India ?'. Aku dh nak tersedak eskrem dh time tu..skali kuar ayat yg aku rasa mcm dlm mimpi. 'You look like Tandulkar, SachinTandulkar, the cricket player ' . Hohohoho pakai spek hitam punya psl terus tandulkar ko...







Tempat macam ni standard la kan kena pau tang ambik gambar segera. Hanya bertiga kerana Hannah x mau masuk lepas tgk burung di'pasang' kat badan kitorang. Mamat yg jaga tu mcm xde perasaan sket, main letak jek burung tuh. Along & Adan dah merayu2 jgn letak atas bahu, dia letak jgk, aku dh nak marah sbb Adan kata sakit kena kuku. Tp sebab 30hengget t'paksa sabarkan dia suh senyum (lps tu check mmg ada luka sket bekas kuku, cepat2 sapu dettol sanitizer)










Rating acara : A+

Jalan-Jalan Ibukota 2 : TuguNegara

Bila :: 13 Dec 2010
Mana :: TuguNegara
Siapa :: All of us + BIL

Konon nk pegi pagi2 end-up almost 11. Nk jd crite, terambik jln under construction plak. Merangkak. Sampai about the same time ngan bas persiaran. Penuh manusia2 tourist. Kesian PakSu depa tunggu lama. Jadi, kalau nak ke Tugu sila sampai before 11, gate open at 7am





Paksu yang jadik photographer kitorang, upah lunch ikan bakar kat Tangling sementara dia tunggu wifey abih meeting nearby.



Ada orang ngaku dia orang Tranung walopon IC code KL hehe, yang sorang pulak konfiden dia org Selangor. Sambil2 jalan tu sambil cerita la sejarah tugu ni & sapekah orang2 yg namanya terpahat *ambik kau ayat terpahat* di sana.









So now I can proudly say, I've been to TuguNegara *when I was 35*. It's never too late to visit.



Akhir kata, terimalah hadiah pose terbaik dari baby aku yang vain ini. Siap ada tourist nk ambik gmbar dgn dia hehe



Rating acara : A


Jalan Jalan Ibukota 1: P0trajaya

Bila :: 12 Dec 2010
Mana :: WP Potrajaya
Siapa :: All of us + BIL & wifey

Acara pertama kami sebagai merasmikan sesi round KL. Since Hannah belum venture ke sana secara official, jom P0trajaya. Siap ajak my BIL to join. Dia bawak cendawan goreng yg sgt yummy.



Lps layan area masjid yg super crowded dgn tourist (Sapa soh gi weekend kan ?) . Kanak2 tak heran dengan segala yang ada kat situ kecuali playground. Pegi lah mana2 pun playground jugak yang besh.







Dah plan siap2 x mo bersesak solat kat masjid lama tu so kami cepat2 blah & solat maghrib kat MasjidBesi. Lawo seh...bersih seh...besar seh...terpegun aku kejap. Along & Adan pegang setiap tiang & dinding..'ooo..yang ni besi' 'eh yang ni bukan'. Rupa2nya bila dgr kami ckp MasjidBesi, depa dok igt suma buat ngan besi hehe

Hannah yg happy sukaria siap solat 3-rakaat sama2. Lepas tu sentap seround sbb aku x bagi dia turun dalam kolam yg dah kering tu. Dia duk la berjuntai kaki kat tepi kolam tu sampai la dipujuk rayu janji manismu. Asal jangan tantrum golek2 guling sumer sudah. View cantik dari situ.



Acara wajib..pose atas jembatan la, aku biau budak2 tu lepas kan gian nak main. Panjat la korang puas2. Tiba2 org lain pulak sentap. Adoi..korang nih letih laaa









Lps tu haruslah isi perut pulak. Layan YankeesHut yg super slow & super kedekut. Last aku pi sana masa batch Man buat re-union buka posa kat sana few years back when Hannah was a baby. Air 1 jag (jag besi yg hotel tuang air masak tuh) leh dpt dlm 4 gelas je, lain sumer ais. Biasa tempat lain klu 1 jag tug dpt jag plastik tu kan ? Ini dah la jag kecik, kurus semacam, hampres..

Makan tapi x rasa apa2, nak order pun mcm malas sbb bapak budak pulak yg sentap atas sebab2 yg tidak diketahui. Ditambah pulak dgn makanan yang dihidang hampir 1jam lps order. So makan sekadar isi perut sbb mak dah x koser nak layan. Rating acara: B

Nota : Sila teka, berapa kali perkataan sentap digunakan ?

Thursday, 6 January 2011

Salam 2011

Lambat beberapa hari...tapi masih dlm 1st week of January...awww mak suka nyah bila ada ayat2 yg rhymes gitu

Azam tahun baru ? Yilek...

Tak yah susah2 la...dah 35 tahun penat pikir azam tahun baru only to be dissappointed with urself when the year ended without you achieving it. Kan membazir sel otak tu. We'll see what we have in store for 2011. Live ur life TODAY, NOW. Bawak2 muhasabah diri jugaklah..reminder to myself nih..